Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson. Balik dari berkursus macam semangat terus Mrs. A nak up-date kisah menghadiri kursus Ahsan Madani. 😊 Walaupun terima Memo short notice sahaja tapi bila check jadual Mrs. A macam available tiada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mahupun Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan dalam minggu tersebut itu yang Mrs. A laju aje menyatakan kesanggupan untuk hadir gittewww.... Kursus ini seakan sama macam yang [INI]
Untuk kursus yang dinamakan Ahsan Madani Bekerja Dengan Hati Dan Minda pada 14 & 15 Julai 2025 ini Mrs. A adalah kumpulan Sesi 1/2025. Makna kata selepas ini akan ada sesi seterusnya sepertimana amalan syarikat sebelum ini. So macam mana kau nak elak pun akan tetap perlu hadir juga muahahaaahaa... So kekdahnya baiklah Mrs. A layankan aje sementara tengah available gittewww...
Mengikut peraturan sebenar semua kakitangan yang telah tersenarai semasa berkursus mestilah bermalam di sana. Sebabnya pada sebelah malam juga ada aktiviti dijalankan dan begitu juga pada waktu subuh hari kedua perlu berjemaah di surau. Tapi itulah ada juga kakitangan yang pulang dan esoknya datang semula atas alasan-alasan tertentu hurmmm... ini tidak adil eh! tiberrr....😏😏😏 tapi yang pasti Mrs. A bermalam di sana hokeh! Jom layan gambar walaupun tak banyak gambar yang Mrs. A snap.
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.
Satu bilik berdua. Nama bilik Mrs. A Kesidang |
Pada hari pertama kursus dijangka bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi lewat satu jam kerana menunggu para peserta yang masih ramai belum hadir. Oleh itu yang dah sampai awal diminta terus menghantar luggage ke bilik dan kemudian terus sahaja bersarapan.
Pada hari pertama slot satu hingga slot 3 semuanya berkisar dengan kerja menurut perspektif Tauhid. Slot keempat sepatutnya outdoor tetapi cuaca panas sangat kekdahnya game aplikasi nilai tersebut di adakan di dalam dewan sahaja. Game itupun tak berat sangat santai-sanati sahaja.
Tiga dari HQ yang belakang tu roomate Mrs.A waktu kursus ni dari pejabat Nilai |
Nama team Mrs. A adalah Think Tankers |
Selesai slot keempat. Minum petang balik ke bilik bersiap untuk ke surau. Slot 5 membina pengalaman kerohanian secara berpasukan iaitu solat maghrib sementara menunggu waktu isyak berzikir Mathurat Sugra, memahami Al-Fatihah, aktiviti guru murid dan seterusnya solat isyak berjemaah. Kemudian minum malam dan masuk nilik istirehat (aktiviti sendiri)
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson - Hari Kedua
Slot 6 (sambung) membina pengalaman kerohanian secara berpasukan. Solat subuh berjemaah di surau, zikir Mathurat Sugra dan seterusnya memahami solat. Kepada setiap ahli pasukan yang hadir berjemaah subuh akan diberikan seorang 2 mata. Rugi yang tak hadir tiada mata untuk pasukan dan rugi jugalah ilmu untuk kerohanian huhuhuuu...
Slot 7 game aplikasi nilai (outdoor). Semua peserta diminta berpakaian sukan. Punyalah gigih team Mrs. A join unfortunately satu gambar pun tiada sedih! 😢
Seterusnya slot ke 8 hingga ke sebelas semua diadakan di dalam dewan sahaja.
Pagi hari kedua Mrs. A dan girls lain antara yang awal masuk ke dewan so kita bergambar dahulu 😍 |
Kata-kata penghargaan kepada fasilator tapiiii... biarlah rahsia hanya peserta di dewan yang tahu |
Secara keseluruhan team Think Tankers dapat tempat kedua |
Sebelum pulang haruslah bergambar kumpulan beramai-ramai 💚💙💛💗 |
Pada pukul lebih kurang 3.30 petang majlis penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah program tamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Selepas minum petang masing-masing gerak balik. Rasanya paling last balik adalah Mrs. A dan Y hehehee... Y dan Mrs. A kongsi naik satu kereta. On the way balik chi-chat ajelah kami berdua. Alhamdulillah selamat sampai ke Seremban dalam pukul 5.00 petang.
Kesimpulan kursus pada pendapat Mrs. A sangat mengesankan kerohanian. Rasanya macam tak sesuai untuk yang belum muslim sebabnya intipati kursus adalah memahami surah Al-Fatihah. Okay itu sahaja nak share kisah Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.
Selamat berkursus kekdahnya
BalasPadam